Ahad, 27 Oktober 2013

TAFSIRAN LOGO KELAB PENGGUNA SEKOLAH

LOGO KELAB PENGGUNA SEKOLAH


BIRU
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta      berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih.

MERAH
Melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

KUNING 
 Kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendukung dang menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah rukun negara.


BULATAN
Bulatan yang melingkari imej 8 manusia menunjukkan bulat fikiran dan kerjasama di kalangan rakyat Malaysia supaya dapat merealisasikan hasrat negara untuk mewujudkan keharmonian kaum yang akan mendorong kepada kemajuan negara yang bertaraf dunia

LAKARAN 8 IMEJ MANUSIA
Ditengah-tengah bulatan menunjukkan 8 hak pengguna yang mesti diketahui dan disemai sejak alam persekolahan melalui Kelab Pengguna Sekolah supaya menjadi pengguna yang bijaksana, berhemah dan berpengetahuan kepenggunaan.

LOGO 1 MALAYSIA 
 Menunjukkan bahawa semua Kelab Pengguna Sekolah di Malaysia akan menggunakan logo yang sama dan mendukung bersama gagasan 1 Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan