Pada awal penubuhannya SMK Agama Simpang Lima sama seperti sekolah lain di daerah Sabak Bernam tidak mempunyai kelengkapan yang cukup dari segi kemudahan dan tenaga pengajar tetapi berkat kegigihan guru dan pelajar maka SMKA Simpang mula dikenali di daerah Sabak Bernam. Banyak kejayaan yang telah dipeolehi dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Antara sumbangan yang telah diberi oleh bidang kokurikulum kepada sekolah ialah melalui Kelab Pengguna Sekolah. Kelab Pengguna Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1996. Sejak Penubuhannya KPS telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak antaranya ialah Jabatan Pelajaran Malaysia,Perbadana Nasional BHD, KPDNKK, Jabatan Alam Sekitar, FOMCA dan YAWA.
KPS telah dipimpin oleh guru penasihat :
- Encik Abdul Aziz b Che Yusoh ( 1997- 2008)
- Pn Fauziah Mohmmed Saad ( 2008 sehingga sekarang )
- Cik Nurul Husna Ibrahim ( Kini )
- Cik Nur Eliana Noor Azmi (Kini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan